Friday, 11 November 2011

UNIT12 JASAMU DIKENANG

Unit 12: JASAMU DIKENANG

Pengenalan

Fokus unit ini ialah kemahiran mengumpulkan dan membentangkan maklumat, membaca teks dengan sebutan dan intonasi yang betul, menghuraikan maksud keseluruhan teks, dan mengenal pasti rangkai kata dan ayat dalam penulisan.

Objektif

Pada akhir unit ini, murid dapat:

i. mengumpulkan dan membentangkan maklumat;

ii. membaca teks dengan sebutan dan intonasi yang betul;

iii. menghuraikan maksud keseluruhan teks;

iv. menjelaskan nilai-nilai murni dalam teks; dan

v. mengenal pasti rangkai kata dan ayat dalam penulisan.

Kemahiran

Mendengar dan Bertutur:

1.2 Aras 1 (i) Menyoal dengan menggunakan kata tanya.

3.1 Aras 1 (i) Mengumpulkan maklumat berdasarkan bahan.

3.1Aras 3 (i) Mengumpulkan isi penting tentang sesuatu perkara yang didengar, dibaca atau ditonton.

3.1Aras 3 (ii) Membentangkan maklumat yang diperoleh secara ringkas dan tepat.

Membaca:

5.2 Aras 2 (i) Membaca lancar teks bahan sastera dengan sebutan, intonasi dan gaya penyampaian yang betul.

5.2 Aras 2 (ii) Memberikan penjelasan tentang perkara yang dibaca.

6.1 Aras 1 (i) Mencari makna perkataan dan meneliti ejaan.

6.1 Aras 2 (i) Merujuk kepada kamus peribahasa untuk mendapatkan makna yang betul.

7.1 Aras 1 (i) Memberikan makna perkataan dan maksud frasa dalam ayat.

7.1 Aras 3 (i) Menghuraikan maksud keseluruhan teks yang dibaca.

7.1 Aras 3 (ii) Menjelaskan pengajaran yang terdapat dalam teks.

Menulis:

10.1 Aras 1 (i) Menulis karangan menggunakan perkataan yang sesuai.

10.1 Aras 2 (i) Mengenal pasti kata, rangkai kata, dan ayat dalam penulisan.

10.1 Aras 3 (i) Menulis pelbagai genre menggunakan laras bahasa yang sesuai.

Sistem Bahasa

Morfologi:

Kata Arah – di atas, ke dalam, di bawah, ke atas

Kosa Kata Umum:

jasa, mengenang, pemimpin, persaraan, dibelai, sayap, berikhtiar, tokoh, jaguh, pecut, digeruni, terpantas, anugerah, sanjung, warga, rupa paras, subjek, dedikasi, prihatin, peramah

Pengisian Kurikulum

Pengetahuan Peraturan Sosiobudaya

Ilmu Pengetahuan:

Kajian Tempatan

Simpulan Bahasa:

mencari jalan

Kemahiran Bernilai Tambah:

Kemahiran Berfikir:

Menjana idea

Kajian masa depan:

prihatin terhadap sesuatu perkara pada masa lampau, kini, dan masa depan.

Kecerdasan Pelbagai:

- visual – ruang

- muzik

Nilai Murni dan Unsur Patriotisme/Kewarganegaraan

- patriotisme

- hemah tinggi

- kejujuran

- rasional

Strategi Pengajaran dan Pembelajaran

Mendengar dan Bertutur:

1. Murid bercerita tentang gambar.

2. Murid menjawab soalan pemahaman secara lisan.

3. Murid berbincang tentang maklumat yang terdapat dalam gambar dengan rakan.

4. Murid menyampaikan maklumat tentang gambar kepada kelas.

5. Murid mengumpulkan gambar pemimpin negara dan menampalkan ke dalam buku skrap.

6. Murid menerangkan sebab kita harus berbangga menjadi anak Malaysia.

7. Murid mengumpulkan maklumat tentang guru masing-masing.

Membaca:

1. Murid membaca dan memahami teks cerita tentang balasan perbuatan yang baik dan menjawab soalan pemahaman yang dikemukakan.

2. Murid membaca dan memahami teks tentang tokoh sukan dan menjawab soalan pemahaman yang dikemukakan.

3. Murid melafazkan pantun dan menjawab soalan pemahaman yang dikemukakan.

4. Murid memberikan maksud rangkai kata berdasarkan teks pantun.

5. Murid memberikan maksud perkataan dan rangkai kata berdasarkan gambar rajah.

Menulis:

1. Murid menyenaraikan kata adjektif yang terdapat dalam teks.

2. Murid membina ayat dengan menggunakan kata adjektif yang terdapat dalam teks.

3. Murid mencatat maklumat yang terdapat dalam gambar.

4. Murid menyenaraikan simpulan bahasa yang terdapat dalam teks dan menulis maksudnya.

5. Murid menulis karangan yang bertajuk “Guru Saya”.

No comments:

Post a Comment