Unit 4: JAYA DIRI
Pengenalan
Fokus unit ini ialah kemahiran menyatakan sesuatu permintaan dengan memberikan
alasan yang sesuai, memohon kebenaran, mengenal pasti isi penting dan menyampaikan cerita berdasarkan isi penting dengan menggunakan sebutan, intonasi yang betul dan gaya penyampaian yang sesuai. Selain itu, unit ini juga memfokuskan kemahiran membaca lancar teks bahan sastera dengan sebutan, intonasi dan gaya penyampaian yang betul, memberikan penjelasan tentang perkara yang dibaca, mencari makna perkataan dan meneliti ejaan, mendapatkan maklumat daripada internet dan sumber lain berkaitan topik, di samping membina ayat majmuk dan membentuk perenggan berdasarkan tajuk, serta menulis perkataan dengan menggunakan tulisan cantik dan tulisan berangkai.
Objektif
Pada akhir unit ini, murid dapat:
i. menyatakan sesuatu permintaan secara bersopan;
ii. menyampaikan cerita berdasarkan isi-isi penting;
iii. mencari maklumat daripada pelbagai sumber;
iv. mengenal pasti kata, rangkai kata dan ayat dalam penulisan; dan
v. menulis perkataan dan ayat dengan tulisan berangkai yang kemas.
Kemahiran
Mendengar dan Bertutur:
1.4 Aras 1(i) Memilih dan menggunakan kata dan ayat yang sesuai untuk menyatakan sesuatu permintaan.
1.4 Aras 1(ii) Memohon kebenaran untuk mendapatkan sesuatu.
1.4 Aras 2 (i) Menyatakan permintaan dengan memberikan alasan yang sesuai.
2.1 Aras 2 (i) Mengenal pasti isi penting daripada cerita yang didengar atau ditonton.
2.1 Aras 2 (ii) Menyampaikan cerita berdasarkan isi penting.
2.1 Aras 3 (i) Bercerita dengan menggunakan sebutan, intonasi yang betul dan gaya penyampaian yang sesuai.
3.1 Aras 1 (i) Mengumpulkan maklumat berdasarkan bahan.
3.1 Aras 1 (ii) Mengemukakan maklumat dengan menggunakan ayat yang sesuai.
Membaca:
5.1 Aras 1 (ii) Memahami perkataan, frasa dan ayat.
5.2 Aras 2 (i) Membaca lancar teks bahan sastera dengan sebutan, intonasi dan gaya penyampaian yang betul.
5.2 Aras 2 (ii) Memberikan penjelasan tentang perkara yang dibaca.
5.2 Aras 3 (i) Membaca lancar teks pelbagai laras bahasa dengan sebutan, dan intonasi yang betul.
6.1 Aras 1 (i) Mencari makna perkataan dan meneliti ejaan.
6.1 Aras 3 (i) Mendapatkan maklumat daripada internet dan sumber lain berkaitan topik.
6.3 Aras 2 (i) Mengecam isi penting daripada pelbagai bahan bacaan.
Menulis:
7.1 Aras 3 (i) Menghuraikan maksud keseluruhan teks.
8.1 Aras 2 (ii) Menulis ayat majmuk dengan tulisan yang cantik.
8.2 Aras 3 (i) Membina ayat tunggal dan ayat majmuk berdasarkan tajuk.
8.3 Aras 1 (i) Menulis perkataan dengan menggunakan tulisan berangkai dengan kemas dan cantik.
8.3 Aras 2 (i) Menulis ayat dengan menggunakan tulisan berangkai dengan
kemas dan cantik.
Sistem Bahasa
Sintaksis:
- Ayat Permintaan (Ayat Perintah)
- Ayat Tunggal dan Ayat Majmuk
Kosa Kata Umum:
rujukan, asal, juara, gelanggang, berbakat, handal, kisah, jaguh, menjamah, usia, gaya, bersara, terkenal, pendeta, sukar, mahir
Frasa:
sudut bacaan, folio Sains, bahan rujukan, pemain negara, susu getah, masa lapang,
bola getah, pejuang bahasa, anak jati, hasil karya
Kosa Kata Istilah:
folio Sains, ikan kekek, Pelita Bahasa Melayu, Canai Bacaan, tulisan berangkai
Pengisian Kurikulum
Pengetahuan Peraturan Sosiobudaya
Ilmu Pengetahuan:
- Pendidikan Jasmani/Kesihatan
- Pendidikan Moral
- Sains dan Teknologi
- ICT
Peraturan Sosiobudaya:
- Pembinaan jati diri
- Berusaha mencapai kejayaan
- Tulisan Berangkai
Kemahiran Bernilai Tambah
Kemahiran Berfikir:
- Membuat kaitan dan perhubungan
- Menginterpretasi
- Membanding dan membezakan
Kecerdasan Pelbagai:
- Kinestatik
- Interpersonal
- Verbal-linguistik
Pembelajaran Kontekstual:
Mengaitkan isi pembelajaran dengan pengalaman harian murid, masyarakat, dan alam persekolahan.
Nilai Murni dan Unsur Patriotisme/Kewarganegaraan
Nilai Murni:
- Kerajinan
- Berusaha
- Kesederhanaan
Strategi Pengajaran dan Pembelajaran
Kemahiran
Mendengar dan Bertutur:
1. Murid mengungkapkan dialog secara berpasangan.
2. Murid menjawab soalan berdasarkan teks secara lisan.
3. Murid menyatakan maklumat berpandukan gambar dan perkataan.
4. Murid melagukan syair mengikut melodi lagu “Ikan Kekek”.
5. Murid meneliti gambar dan menceritakan perihal gambar.
6. Murid menjelaskan tentang perbezaan permainan yang dibincangkan.
Membaca:
1. Murid mencari maklumat tentang permainan melalui internet.
2. Murid membaca dan memahami syair “Jaguh Bola Sepak”.
3. Murid menjawab soalan-soalan yang dikemukakan dalam aktiviti.
4. Murid mencari makna perkataan dalam teks syair dengan merujuki kamus.
5. Murid mengenal pasti isi-isi penting dalam teks.
Menulis:
1. Murid menulis huruf-huruf abjad menggunakan tulisan berangkai.
2. Murid menulis ayat menggunakan tulisan berangkai.
3. Murid menulis teks dengan tulisan kemas dan cantik.
4. Murid membina ayat berdasarkan gambar.
No comments:
Post a Comment