Friday, 11 November 2011

UNIT 2 SEKOLAH BESTARI

Unit 2: SEKOLAH BESTARI

Pengenalan

Fokus unit ini ialah kemahiran bersoal jawab secara bertatasusila dengan menggunakan

kata tanya dan soalan tanpa kata tanya, serta membaca lancar bahan sastera dan bukan sastera. Selain itu, unit ini memperkenalkan kata ganti nama diri, kata ganti nama

tunjuk, dan kata kerja transitif. Dalam penulisan pula, murid menggunakan kata hubung

dalam membina ayat majmuk.

Objektif

Pada akhir unit ini, murid dapat:

i. bersoal jawab secara bertatasusila;

ii. menyoal dengan menggunakan kata tanya dan tanpa kata tanya;

iii. membaca lancar bahan sastera dan bahan bukan sastera; dan

iv. mengenal kata ganti nama diri, kata ganti nama tunjuk, dan kata kerja transitif.

Kemahiran

Mendengar dan Bertutur:

1.2 Aras 1 (i) Menyoal dengan menggunakan kata tanya.

1.2 Aras 1 (ii) Menjawab secara bertatasusila dengan menggunakan ungkapan yang sesuai.

1.2 Aras 2 (i) Mengemukakan soalan tanpa kata tanya.

1.2 Aras 2 (ii) Memberikan respons yang sesuai berdasarkan soalan yang dikemukakan.

1.2 Aras 3 (i) Bersoal jawab dengan memberikan penerangan sebagai maklum balas.

Membaca:

5.1 Aras 1 (i) Membaca ayat dalam teks yang mengandungi ayat tunggal dan ayat majmuk.

5.1 Aras 3 (i) Membaca teks dengan sebutan dan intonasi yang betul.

5.2 Aras 2 (i) Membaca lancar teks bahan sastera dengan sebutan, intonasi dan gaya penyampaian yang betul.

5.2 Aras 2 (ii) Memberikan penjelasan tentang perkara yang dibaca.

6.1 Aras 1 (i) Mencari makna perkataan dan meneliti ejaan.

6.1 Aras 2 (i) Merujuk kepada kamus peribahasa untuk mendapatkan makna yang betul.

6.1 Aras 3 (i) Mendapatkan maklumat daripada internet dan sumber lain berkaitan topik.

Menulis:

8.1 Aras 2 (i) Menggunakan kata hubung yang sesuai untuk membina ayat

majmuk.

8.1 Aras 2 (ii) Menulis ayat majmuk dengan tulisan yang cantik.

8.1 Aras 3 (i) Menggunakan kata hubung yang sesuai untuk membina ayat majmuk.

8.2 Aras 1 (i) Membina ayat majmuk berdasarkan tajuk yang diberikan.

8.2 Aras 2 (i) Menyediakan perenggan dengan menggunakan ayat tunggal dan ayat majmuk berdasarkan tajuk yang diberikan.

Sistem Bahasa

Morfologi:

Mengenal dan menggunakan kata ganti nama diri, kata ganti nama tunjuk, kata kerja

transitif, dan kata hubung

Sintaksis:

Membina ayat majmuk

Tanda baca:

- titik, koma, tanda soal

- huruf besar, huruf kecil

Kosa Kata Umum:

tokoh, pemimpin, situasi, perihal, sahabat, sejahtera, auditorium, asingkan, berkumpulan, berbeza, berbincang, membentangkan, pembimbing, media, folio, rakit, titi, ketitir, jemu, berkhidmat, canggih, makmal

Kosa Kata Istilah:

Sekolah Bestari

Pengisian Kurikulum

Pengetahuan Peraturan Sosiobudaya:

- Melagukan syair

- Pepatah Melayu, “Alah bisa tegal biasa”.

Ilmu Pengetahuan:

- Konsep sekolah Bestari Malaysia

- Pengetahuan ICT

- Pendidikan Moral

- Kajian Tempatan

Kemahiran Bernilai Tambah

Kemahiran Berfikir:

Mengasingkan kata ganti diri pertama, kedua dan ketiga

Kecerdasan Pelbagai:

- Visual – ruang (melihat gambar-gambar foto)

- Interpersonal

Nilai Murni dan Unsur Patriotisme/Kewarganegaraan:

Memahami dan mengaplikasikan konsep Sekolah Bestari sekali gus mematuhi kehendak atau inspirasi negara ke arah pendidikan bertaraf dunia.

Strategi Pengajaran dan Pembelajaran

Mendengar dan Bertutur:

1. Murid meneliti dan berbincang tentang gambar bersama rakan.

2. Murid mencatat soalan-soalan yang dikemukakan dalam perbincangan.

3. Murid menyesuaikan jawapan dengan soalan yang diberikan.

4. Murid mengemukakan soalan berdasarkan gambar.

5. Murid melakonkan perbualan.

6. Murid menyebut perkataan yang diwarnakan dalam teks.

7. Berbincang tentang cara untuk membalas e-mel yang dihantar oleh Joseph.

Membaca:

1. Murid membaca kuat teks untuk disemak oleh rakan dengan menggunakan borang penilaian.

2. Murid mencari makna perkataan dan meneliti ejaan.

3. Murid merujuki kamus peribahasa untuk mencari maksud pepatah.

4. Murid melayari laman web Sekolah Bestari Malaysia untuk mendapatkan maklumat lanjut.

5. Murid membaca ayat-ayat yang mengandungi kata ganti nama tunjuk yang terdapat dalam teks.

6. Murid membina ayat menggunakan kata ganti nama tunjuk.

7. Murid melafazkan pantun dan memahami maksud pantun.

8. Murid membina lima soalan berdasarkan pantun.

9. Murid memberitahu sebab banyak murid berjaya, berdasarkan pantun.

10. Murid menyebut kata kerja transitif yang terdapat dalam teks.

11. Murid membina ayat menggunakan kata kerja transitif.

12. Murid memberitahu sebab murid-murid Tahun Tiga Aman, cemerlang dalam pelajaran.

Menulis:

1. Murid menyalin ayat majmuk dengan tulisan cantik.

2. Murid membina ayat majmuk menggunakan kata hubung yang dipilih.

3. Murid mencantumkan bahagia A dengan bahagian B supaya menjadi ayat majmuk yang betul menggunakan kata hubung yang diberikan.

4. Murid menulis ayat majmuk dalam bentuk perenggan.

No comments:

Post a Comment