Friday, 11 November 2011

UNIT10 KERJAYAAN

Unit 10: KERJAYA

Pengenalan

Fokus unit ini ialah kemahiran mendengar pandangan dan memberikan respons, menghuraikan pandangan tentang sesuatu topik, menghuraikan pandangan dengan memberikan alasan, mengecam isi-isi penting, menyediakan perenggan berdasarkan tajuk, dan menulis karangan menggunakan perkataan yang sesuai. Selain itu, unit ini mengukuhkan pemahaman murid dalam penggunaan kata berimbuhan dan pembinaan ayat-ayat tanya.

Objektif

Pada akhir unit ini, murid dapat:

i. menghuraikan pandangan tentang sesuatu topik;

ii. menghuraikan pandangan dengan memberikan alasan;

iii. Membaca teks dengan sebutan dan intonasi yang betul daripada pelbagai bahan;

iv. mengecam isi-isi penting;

v. menyediakan perenggan berdasarkan tajuk; dan

vi. menulis karangan dengan menggunakan perkataan yang sesuai.

Kemahiran

Mendengar dan Bertutur:

1.2 Aras 3 (i) Bersoal jawab dengan memberikan penerangan sebagai maklum balas.

3.1 Aras 1 (i) Mengumpulkan maklumat berdasarkan bahan.

3.1 Aras 1 (ii) Mengemukakan maklumat dengan menggunakan ayat yang sesuai.

3.2 Aras 1 (i) Memberitahu maklumat tentang sesuatu perkara dan mengemukakan contoh yang sesuai.

4.1 Aras 3 (i) Menghuraikan pandangan yang dikemukakan dengan memberikan

alasan yang munasabah.

Membaca:

5.1 Aras 2 (i) Membaca pelbagai jenis ayat dengan memberikan penekanan pada

Intonasi berdasarkan tanda baca.

6.3 Aras 1 (i) Mendapatkan keterangan keseluruhan teks.

6.3 Aras 2 (i) Mengecam isi penting daripada pelbagai bahan bacaan.

7.1 Aras 1 (i) Memberikan makna perkataan dan maksud frasa dalam ayat.

7.1 Aras 2 (i) Menyatakan maksud ayat dalam perenggan.

7.1 Aras 3 (i) Menghuraikan maksud keseluruhan teks yang dibaca.

Menulis:

10.1 Aras 1 (i) Menulis karangan menggunakan perkataan yang sesuai.

10.1 Aras 3 (i) Menulis pelbagai genre menggunakan laras bahasa yang sesuai.

Sistem Bahasa

Morfologi:

- Kata dasar

- Kata berimbuhan

Sintaksis:

Ayat tanya

Kosa Kata Umum:

individu, kerjaya, tugas, tanggungjawab, kreatif, diperagakan, antarabangsa, kilang, cita rasa, fabrik, mesin, melabel, wartawan, akhbar, berdisiplin, peka, mencabar, lokasi, peristiwa,terperinci, cuaca, kaedah, kokpit, simen.

Kosa Kata Istilah:

Kawalan Trafik Udara

Pengisian Kurikulum

Pengetahuan Peraturan Sosiobudaya

Ilmu Pengetahuan:

- kemasyarakatan/sosial

- bidang pekerjaan

Kemahiran Bernilai Tambah

Kemahiran Berfikir:

- Menjana idea

- Membuat kaitan dan perhubungan

- Menyusun atur

- Mengenal pasti sebab akibat

- mencirikan

Kecerdasan Pelbagai:

- visual – ruang

- interpersonal

Pembelajaran Kontekstual:

- Mengaitkan isi pelajaran dengan pengalaman harian murid.

- Berupaya menghubungkaitkan pengetahuan baharu dan menghayati pembelajaran dengan kehidupan.

Nilai Murni dan Unsur Patriotisme/Kewarganegaraan:

- Berdikari

- Hemah tinggi

- Rasional

- Kerjasama

Strategi Pengajaran dan Pembelajaran

Mendengar dan Bertutur:

1. Murid menjawab soalan pemahaman berdasarkan gambar secara lisan.

2. Murid menyebut pekerjaan yang terdapat dalam gambar.

3. Murid menyatakan kerjaya berdasarkan pernyataan yang dipaparkan.

4. Murid menyatakan kebaikan nilai bekerjasama.

5. Murid membina soalan berdasarkan langkah-langkah membuat kasut secara lisan.

6. Murid menerangkan cara membuat kasut kepada rakan.

7. Murid menyebut kata dasar bagi kata berimbuhan yang terdapat dalam teks.

8. Murid menceritakan ciri-ciri seorang wartawan kepada rakan.

9. Murid menceritakan sifat-sifat yang dimiliki oleh Encik Ravi.

10. Murid menjawab soalan pemahaman berdasarkan teks secara lisan.

11. Murid menyatakan maksud ayat berdasarkan teks.

12. Murid menceritakan tugas seorang juruterbang berdasarkan maklumat.

Membaca:

1. Murid membaca dan memahami teks serta menyenaraikan isi utama dan isi sampingan.

2. Murid membaca dan memahami penerangan tentang isi utama dan isi sampingan

berdasarkan teks.

3. Murid menjawab soalan pemahaman berdasarkan teks.

Menulis:

1. Murid menyenaraikan kata berimbuhan awalan dan akhiran yang terdapat dalam teks.

2. Murid membina ayat menggunakan kata adjektif yang terdapat dalam teks.

3. Murid menulis soalan yang akan dikemukakan kepada pemenang acara sukan dalam sesi temu ramah.

4. Murid membina ayat menggunakan kata bilangan yang terdapat dalam teks.

5. Murid menyenaraikan isi utama dan isi sampingan dalam teks berdasarkan soalan yang dikemukakan.

6. Murid menulis karangan pendek berdasarkan isi-isi penting yang telah dicatat.

No comments:

Post a Comment