Friday, 11 November 2011

UNIT 7 KESIHATAN

Unit 7: KESIHATAN

Pengenalan

Fokus unit ini ialah kemahiran mengumpulkan dan memberitahu maklumat dengan contoh serta menyatakan idea dengan sebab, membaca lancar bahan sastera dan bukan sastera, dan menjelaskan perkara yang dibaca. Selain itu, unit ini memperkenalkan kata adjektif serta mengenal pasti ayat pasif yang terdapat dalam teks.

Objektif

Pada akhir unit ini, murid dapat:

i. memberitahu maklumat berserta contoh;

ii. menyatakan idea dan pendapat dengan sebab;

iii. membaca lancar bahan sastera dan bukan sastera;

iv. menjelaskan perkara yang dibaca;

v. memperkenalkan kata adjektif;

vi. mengenal pasti ayat pasif yang terdapat dalam teks; dan

vii. Mengambil imlak teks yang dipedengarkan.

Kemahiran

Mendengar dan Bertutur:

3.1 Aras 3 (i) Mengumpulkan isi penting tentang sesuatu perkara yang didengar, dibaca atau ditonton.

3.2 Aras 1(i) Memberitahu maklumat tentang sesuatu perkara dan mengemukakan contoh yang sesuai.

3.2 Aras 2 (i) Menyatakan idea tentang sesuatu topik dengan memberikan sebab.

3.2 Aras 3 (i) Mengemukakan pendapat yang jelas tentang sesuatu topik dengan menyatakan sebab.

4.1 Aras 1 (i) Mendengar pandangan dan memberikan respons.

4.1 Aras 2 (i) Melahirkan pandangan tentang sesuatu topik dengan jelas dan teratur.

4.1 Aras 3 (i) Menghuraikan pandangan yang dikemukakan dengan memberikan alasan yang munasabah.

5.2 Aras 1 (i) Membaca lancar bahan bukan sastera dengan sebutan yang betul.

5.2 Aras 2 (i) Membaca lancar teks bahan sastera dengan sebutan, intonasi dan gaya penyampaian yang betul.

5.2 Aras 2 (ii) Memberikan penjelasan tentang perkara yang dibaca.

5.2 Aras 3 (i) Membaca lancar teks pelbagai laras bahasa dengan sebutan dan intonasi yang betul.

6.3 Aras 1 (i) Mendapatkan keterangan keseluruhan teks.

6.3 Aras 2 (i) Mengecam isi penting daripada pelbagai bahan bacaan.

8.2 Aras 1 (i) Membina ayat majmuk berdasarkan tajuk yang diberikan.

Sistem Bahasa

Morfologi:

Kata Adjektif

Sintaksis:

Ayat aktif dan Ayat pasif

Kosa Kata Umum:

kawasan, kebersihan, kesihatan, restoran, bersenam, penyakit, seimbang, pertandingan, rujukan, berzat, peluh, cergas, tercemar, gemar, nyaman, pewarna, pengawet, radang dan sebagainya.

Kosa Kata Istilah:

gas karbon monoksida, makanan seimbang

Pengisian Kurikulum

Pengetahuan Peraturan Sosiobudaya

Ilmu Pengetahuan:

- Kebersihan Penting untuk Kesihatan

- Pencemaran Alam Sekitar

- Pendidikan Moral

- Kajian Tempatan

Simpulan Bahasa:

- air muka, ambil berat, ikut jejak

Kemahiran Bernilai Tambah

Kemahiran Berfikir:

- Menjana idea

- Membanding beza

- Mencirikan

- Mengenal pasti sebab akibat

Kecerdasan Pelbagai:

- visual – ruang

- muzik

Nilai Murni dan Unsur Patriotisme/Kewarganegaraan

Kebersihan mental dan fizikal

Strategi Pengajaran dan Pembelajaran

Mendengar dan Bertutur:

1. Murid berbincang dengan rakan tentang cara-cara menjaga kebersihan di kawasan bandar.

2. Murid membandingkan gambar restoran A dengan gambar restoran B.

3. Murid memberikan sebab membuat pilihan tersebut.

4. Murid meneliti gambar dan memberitahu rakan tentang ciri-ciri restoran yang bersih.

5. Murid memberikan sebab perlu menjaga kesihatan diri.

6. Murid menceritakan cara menjaga kesihatan diri kepada rakan.

7. Murid berbincang dengan rakan tentang keperluan bersukan.

8. Murid memberikan sebab makanan ringan perlu dielakkan.

Membaca:

1. Murid membaca dialog secara berpasangan dengan sebutan dan intonasi yang sesuai.

2. Murid mencari makna perkataan yang dicetak berwarna dengan merujuki kamus.

3. Murid memberikan makna simpulan bahasa yang terdapat dalam lirik lagu.

4. Murid menjawab soalan pemahaman berdasarkan teks.

5. Murid menjawab soalan pemahaman berdasarkan lagu.

6. Murid mengenal pasti kata berimbuhan awalan dan akhiran dalam teks.

7. Murid mengenal pasti ayat pasif yang terdapat dalam teks.

Menulis:

1. Murid menyenaraikan aktiviti yang diamalkan untuk menjadi murid cerdas.

2. Murid menyenaraikan kata adjektif yang terdapat dalam teks.

3. Murid membina ayat daripada kata adjektif.

4. Murid membina dan menjawab soalan berdasarkan teks.

5. Murid membina ayat dengan menggunakan kata berimbuhan awalan dan akhiran.

6. Murid menukarkan ayat pasif kepada ayat aktif.

7. Murid mengambil imlak dengan menggunakan ejaan dan tanda baca yang betul.

8. Murid membina soalan berdasarkan pernyataan yang dikemukakan dalam teks.

9. Murid menulis karangan tentang menjaga kebersihan tempat tinggal.

No comments:

Post a Comment