Unit 6: ALAM SEKITAR
Pengenalan
Fokus unit ini ialah kemahiran mengumpulkan dan mengemukakan maklumat, membaca dan memahami cerita dan mengenal pasti format karangan naratif dan imaginatif. Dalam unit ini juga, murid menggunakan penjodoh bilangan dalam ayat. Selain itu, berdasarkan seni kata lagu, murid memberikan makna perkataan dan frasa yang diwarnakan. Berdasarkan seni kata lagu juga, murid mengenal kata berimbuhan dan mengasingkannya kepada kata berimbuhan awalan dan akhiran. Akhirnya, murid meneliti gambar dan maklumat untuk memberikan pendapat dan mengulas perkara yang menarik dalam gambar tersebut.
Objektif
Pada akhir unit ini, murid dapat:
i. mengumpulkan dan mengemukakan maklumat;
ii. menyusun dan menyampaikan isi penting;
iii. membaca dan mengenal pasti karangan naratif dan imaginatif;
iv. membaca dan menerangkan maksud tersurat dan tersirat;
v. menggunakan penjodoh bilangan dalam ayat; dan
vi. mengenal kata terbitan awalan dan akhiran.
Kemahiran
Mendengar dan Bertutur:
1.3 Aras 3 (i) Melaksanakan arahan serta pesanan dengan cepat dan betul.
3.1 Aras 1 (i) Mengumpulkan maklumat berdasarkan bahan.
3.1 Aras 1 (ii) Mengemukakan maklumat dengan menggunakan ayat yang sesuai.
Membaca:
5.1 Aras 3 (i) Membaca teks dengan sebutan dan intonasi yang betul.
5.2 Aras 3 (i) Membaca lancar teks bahan sastera dengan sebutan, intonasi dan gaya penyampaian yang betul.
6.2 Aras 1 (i) Mengenal pasti format karangan naratif dan imaginatif.
6.2 Aras 2 (i) Membuat perbandingan karangan naratif dan imaginatif.
7.1 Aras 1 (i) Memberikan makna perkataan dan maksud frasa dalam ayat.
7.1 Aras 3 (i) Menghuraikan maksud keseluruhan teks yang dibaca.
7.1 Aras 3 (ii) Menjelaskan pengajaran yang terdapat dalam teks.
Menulis:
8.2 Aras 1 (i) Membina ayat majmuk bedasarkan tajuk yang diberikan.
10.1 Aras 1 (i) Menulis karangan menggunakan perkataan yang sesuai.
11.1 Aras 1 (i) Meneliti perkara yang menarik dalam bahan yang ditonton atau dibaca.
11.1 Aras 2 (i) Menyatakan pendapat tentang perkara yang menarik.
11.1 Aras 3 (i) Mengulas perkara yang menarik tentang bahan yang didengar, ditonton atau dibaca.
Sistem Bahasa
Morfologi:
Kata berimbuhan/kata terbitan awalan, akhiran
Sintaksis:
Ayat Majmuk
Penjodoh Bilangan:
ekor, batang, buah, helai, biji
Kosa Kata Umum:
alam, taklimat, hutan, perkhemahan, rombongan, tenteram, deruan, terpulihara, pembungkus, memetik, pupus, membongkok, menceduk, merenung, khazanah, tercemar, terbentang, permai, flora, fauna, arkib
Kosa Kata Istilah:
Hutan Simpan Sepilok, Pusat Perlindungan Orang Utan Sepilok
Pengisian Kurikulum
Pengetahuan Peraturan Sosiobudaya
Ilmu Pengetahuan:
- Alam Sekitar
- ICT
- Geografi
Peraturan Sosiobudaya:
- Kebersihan
- Menyedari kepentingan memulihara khazanah negara
Kemahiran Bernilai Tambah
Kemahiran Berfikir:
- Menjana minda
- Mengenal pasti sebab dan akibat
- Menginterpretasi
Kecerdasan Pelbagai:
- Kinestatik
- Interpersonal
Nilai Murni dan Unsur Patriotisme/Kewarganegaraan
Nilai Murni:
- Kejujuran
- Bertanggungjawab
- Berdikari
- Kesyukuran
Patriotisme:
Menyayangi alam sekitar dan haiwan yang hampir pupus
Strategi Pengajaran dan pembelajaran
Mendengar dan Bertutur:
1. Murid meneliti gambar dan mencatat maklumat.
2. Murid menceritakan keindahan tempat-tempat yang pernah dilawati.
3. Murid meneliti maklumat dan gambar dan menyatakan aktiviti yang dilakukan oleh peserta perkhemahan.
4. Murid menyampaikan pesanan Cikgu Kamal kepada ahli kumpulan.
5. Murid menceritakan keindahan alam di Hutan Simpan Sepilok.
6. Murid berbincang cara-cara menjaga kebersihan alam sekitar.
Membaca:
1. Murid membaca dan memahami cerita serta mengenal pasti format karangan.
2. Murid memahami karangan imaginatif dan karangan naratif.
3. Murid menyampaikan cerita yang difahami kepada rakan.
4. Murid menjawab soalan yang dikemukakan berdasarkan cerita.
5. Murid mengenal pasti penjodoh bilangan dan membina ayat.
6. Murid menyanyikan lagu yang bertemakan alam sekitar.
7. Murid memberikan makna perkataan berimbuhan awalan dan akhiran.
8. Murid menjawab soalan yang dikemukakan berdasarkan lagu.
9. Murid memberikan pendapat tentang cara mengindahkan kawasan tempat tinggal.
10. Murid membaca teks laporan mengikut intonasi yang betul dan menjawab soalan.
Menulis:
1. Murid mengasingkan kata berimbuhan awalan dan akhiran.
2. Murid membina ayat menggunakan kata berimbuhan awalan dan akhiran.
3. Murid menyatakan kepentingan hutan berdasarkan gambar.
4. Murid memberikan ramalan tentang situasi yang dikemukakan.
5. Murid menulis karangan tentang pentingnya hutan berdasarkan gambar.
6. Murid menyatakan pendapat tentang perkara menarik yang terdapat dalam bahan.
No comments:
Post a Comment