Unit 8: AKTIVITI DI SEKOLAH
Pengenalan
Fokus unit ini ialah kemahiran membuat pengumuman dan memberikan penerangan,
membaca teks dengan sebutan dan intonasi yang betul serta mencari makna perkataan, mendapatkan keterangan keseluruhan teks, mengenal pasti format karangan naratif dan imaginatif, dan menulis teks menggunakan tulisan berangkai.
Objektif
Pada akhir unit ini, murid dapat:
i. membuat pengumuman dan memberikan penerangan;
ii. membaca teks dengan sebutan dan intonasi yang betul;
iii. mencari makna perkataan;
iv. mendapatkan keterangan keseluruhan teks;
v. mengenal pasti format karangan naratif dan imaginatif;
vi. Membina ayat berdasarkan tajuk; dan
vii. Menulis teks menggunakan tulisan berangkai.
Kemahiran
1.3 Aras 1 (i) Mendengar dan memahami arahan serta pesanan.
1.3 Aras 1 (ii) Memberikan arahan yang jelas.
2.1 Aras 3 (i) Bercerita dengan menggunakan sebutan, intonasi yang betul dan gaya penyampaian yang sesuai.
2.2 Aras 1 (i) Mengumumkan sesuatu perkara kepada orang lain dengan menggunakan bahasa yang betul.
2.2 Aras 2 (i) Memberikan penerangan tentang sesuatu perkara yang diperoleh dengan menggunakan ayat yang jelas.
5.1 Aras 3 (i) Membaca teks dengan sebutan dan intonasi yang betul.
6.1 Aras 2 (i) Merujuk kepada kamus peribahasa untuk mendapatkan makna yang betul.
6.2 Aras 1 (i) Membuat perbandingan karangan naratif dan imaginatif.
6.2 Aras 2 (i) Mengenal pasti format karangan naratif dan imaginatif.
6.2 Aras 3 (i) Mengecam dan mengenal pasti pelbagai jenis karangan.
6.3 Aras 2 (i) Mengecam isi penting daripada pelbagai bahan bacaan.
7.1 Aras 1 (i) Memberi makna perkataan dan maksud frasa dalam ayat.
7.1 Aras 2 (i) Menyatakan maksud ayat dalam perenggan.
7.1 Aras 3 (i) Menghuraikan maksud keseluruhan teks yang dibaca.
7.1 Aras 3 (ii) Menjelaskan pengajaran yang terdapat dalam teks.
10.1 Aras 1 (i) Menulis karangan menggunakan perkataan yang sesuai.
Sistem Bahasa
Morfologi:
- Kata berimbuhan awalan dan akhiran
- Kata ganda seluruh dan kata ganda separa
Sintaksis:
- Ayat Penyata
- Ayat Tunggal
- Ayat Majmuk
- Penanda Wacana
Ejaan
Tanda baca
Imlak
Tulisan berangkai - pengenalan
Kosa Kata Umum
minggu, ucapan, teliti, berhimpun, pengumuman, program, pengetahuan, bersempena, pertandingan, berpantun, pendaftaran, dewan, simulasi, galakan, pasaran, diwajibkan, seragam, syarat-syarat, makhluk, terketar-ketar, singgah, angkasa, spesies, mendesing, dedaun, sesat, asing, minda kreatif, baja
Kosa Kata Istilah
planet, sesungut, flora, fauna
Pengisian Kurikulum
Pengetahuan Peraturan Sosiobudaya
Ilmu Pengetahuan:
- Aktiviti kokurikulum
- ICT
- Sastera
Peraturan Sosiobudaya:
Laras ucapan
Kemahiran Bernilai Tambah
Kemahiran Berfikir:
- Menjana minda
- Membuat kaitan dan perhubungan
- Menginterpretasi
- Mengkategori
Kemahiran Belajar Cara Belajar:
Memahami aktiviti kokurikulum
Kecerdasan Pelbagai:
- Visual - ruang
- Interpersonal
Pembelajaran Kontekstual:
Mengaitkan isi pelajaran dengan aktiviti luar darjah
Nilai Murni dan Unsur Patriotisme/Kewarganegaraan
Nilai Murni:
- Kerjasama
- Kejujuran
- Kerajinan
- Berdikari
Patriotisme:
Menyayangi sekolah
Strategi Pengajaran dan Pembelajaran
Mendengar dan Bertutur:
1. Murid meneliti ucapan dan mengumpulkan maklumat untuk disampaikan kepada rakan.
2. Murid menyampaikannya kepada rakan.
3. Murid menerangkan aktiviti yang dijalankan pada Minggu Bahasa di sekolah.
4. Murid melakukan aktiviti main peranan dalam menyampaikan pengumuman.
5. Murid mencari makna perkataan yang dicetak berwarna dengan merujuki kamus.
6. Murid menceritakan suasana di dalam hutan.
7. Murid memberitahu maklumat tentang pertandingan bercerita kepada rakan.
8. Murid menyatakan faedah menyertai pertandingan bercerita di sekolah.
9. Murid memberitahu maklumat tentang syarat pertandingan bercerita kepada rakan.
10. Murid menerangkan sebab perlu mematuhi syarat pertandingan.
11. Murid meramalkan perkara yang akan dilakukan sekiranya mereka dibawa ke planet lain.
12. Murid menerangkan perbezaan antara cerita naratif dengan cerita imaginatif.
13. Murid meramalkan perkara yang akan berlaku seterusnya berdasarkan cerita naratif dan imaginatif yang telah dibaca.
14. Murid meramalkan perkara yang akan dilakukan sekiranya mereka bersama-sama tersesat di dalam hutan.
15. Murid bercerita tentang gambar bersiri yang dilihat.
16. Murid menyampaikan cerita kepada rakan dan menerangkan pengajaran yang terdapat dalam cerita.
17. Murid menerangkan perkara yang patut dilakukan untuk menggembirakan hati ibu bapa.
Membaca:
1. Murid memahami syarat-syarat pertandingan bercerita.
2. Murid memahami cerita yang dibaca dan menceritakannya kepada rakan.
3. Murid menjawab soalan pemahaman dan menyatakan nama watak dalam cerita.
4. Murid menyemak ejaan dan tanda baca bahan imlak.
5. Mengenal pasti unsur pengajaran yang terdapat dalam cerita.
Menulis:
1. Murid membina ayat dengan menggunakan perkataan berimbuhan.
2. Murid membina ayat daripada kata ganda penuh yang terdapat dalam teks.
3. Murid membina ayat berdasarkan gambar bersiri.
4. Murid menulis karangan tentang Minggu Bahasa yang diadakan di sekolah.
5. Murid mengambil imlak dan menyemak tugasan secara berpasangan.
6. Murid menjawab soalan berdasarkan teks.
7. Murid menyenaraikan simpulan bahasa yang terdapat dalam teks.
8. Menyalin perenggan dalam bentuk tulisan berangkai.
No comments:
Post a Comment