Unit 5: MASYARAKAT MALAYSIA
Pengenalan
Fokus unit ini ialah kemahiran mengumumkan sesuatu perkara dengan bahasa yang betul sambil menerapkan unsur nilai, membentangkan maklumat yang diperoleh dengan tepat, memberikan penerangan tentang sesuatu perkara dengan jelas, memberitahu maklumat dengan contoh, membaca lancar bahan bukan sastera dan teks pelbagai laras bahasa, serta melahirkan pandangan tentang sesuatu topik. Di samping itu, terdapat kemahiran merujuk kepada kamus peribahasa untuk mendapatkan makna yang betul, menghuraikan maksud keseluruhan teks dan menjelaskan nilai yang terkandung dalam teks. Dalam unit ini juga terdapat kemahiran menyenaraikan ayat berbentuk arahan, menggunakan kata sendi nama, menyatakan nilai murni yang terdapat dalam gambar dan teks serta mengenal dan menggunakan kata majmuk.
Objektif
Pada akhir unit ini, murid dapat:
i. mengumumkan sesuatu perkara;
ii. memberikan makna perkataan dan maksud frasa;
iii. menggunakan kata sendi nama dan kata majmuk dalam ayat;
iv. menghuraikan maksud teks dan menyatakan nilai murni;
v. menyediakan perenggan berdasarkan tajuk;
vi. menulis pelbagai genre menggunakan laras bahasa yang sesuai.
Kemahiran
Mendengar dan Bertutur:
1.3 Aras 2 (i) Mengenal pasti ayat yang berbentuk arahan serta pesanan.
1.3 Aras 2 (ii) Menyampaikan arahan dan pesanan dengan intonasi yang betul dan bersopan.
2.2 Aras 1 (i) Mengumumkan sesuatu perkara kepada orang lain dengan
menggunakan bahasa yang betul.
2.2 Aras 2 (i) Memberikan penerangan tentang sesuatu perkara yang diperoleh
dengan menggunakan ayat yang jelas.
3.1 Aras 3 (ii) Mengumpulkan isi penting tentang sesuatu perkara yang
didengar, dibaca atau ditonton.
3.2 Aras 1 (i) Memberitahu maklumat tentang sesuatu perkara dan mengemukakan contoh yang sesuai.
4.1 Aras 2 (i) Melahirkan pandangan tentang sesuatu topik dengan jelas dan teratur.
Membaca:
5.1 Aras 2 (i) Membaca pelbagai jenis ayat dengan memberikan penekanan pada intonasi berdasarkan tanda baca.
5.2 Aras 1 (i) Membaca lancar bahan bukan sastera dengan sebutan yang betul.
5.2 Aras 3 (i) Membaca lancar teks pelbagai laras bahasa dengan sebutan dan intonasi yang betul.
6.1 Aras 2 (i) Merujuk kepada kamus peribahasa untuk mendapatkan makna yang betul.
7.1 Aras 1 (i) Memberi makna perkataan dan maksud frasa dalam ayat.
7.1 Aras 3 (i) Menghuraikan maksud keseluruhan teks yang dibaca.
7.1 Aras 3 (ii) Menjelaskan pengajaran yang terdapat dalam teks.
Menulis:
8.2 Aras 2 (i) Menyediakan perenggan dengan menggunakan ayat tunggal dan ayat majmuk berdasarkan tajuk.
10.1 Aras 3 (i) Menulis karangan menggunakan perkataan yang sesuai.
Sistem Bahasa
Morfologi:
- Kata majmuk
- Kata sendi nama
Sintaksis:
Ayat Perintah:
i. Menyuruh
ii. Melarang
iii. Merpersilakan
iv. Meminta
Kosa Kata Umum:
meriah, masyarakat, perayaan, amalan, mengeratkan, tetamu, kenduri, jamuan, jemputan, pengantin, mempelai, menantu, menziarahi, tetangga, perpaduan
Frasa:
hari lahir, nilai murni, rumah terbuka, nasi minyak, silih berganti, berbilang bangsa, majlis perkahwinan, kad undangan, menjamu selera, bunga telur, muka pintu, minta diri,
buah tangan,
Kosa Kata Istilah:
cakera padat, Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baharu Cina, orang Islam, Hari Deepavali, Hari Krismas, Hari Gawai, Pesta Keamatan, kata sendi nama
Pengisian Kurikulum
Pengetahuan Peraturan Sosiobudaya
Ilmu Pengetahuan:
- Pendidikan Seni
- Pendidikan Moral
- Kajian Tempatan
Peraturan Sosiobudaya:
- Bersopan santun
- Ungkapan: “Selamat pengantin baharu”
- Peribahasa: “Seperti pinang dibelah dua”
Kemahiran Bernilai Tambah
Kemahiran Berfikir:
- Menjana idea
- Membuat kaitan dan perhubungan
- Membanding dan membezakan
Kecerdasan Pelbagai:
Interpersonal
Pembelajaran Kontekstual:
Mengaitkan isi pelajaran dengan pengalaman harian murid, masyarakat dan alam persekitaran.
Nilai Murni dan Unsur Patriotisme/Kewarganegaraan
Nilai Murni:
- Hormat-menghormati
- Kebebasan
- Semangat Bermasyarakat
Patriotisme:
Membudayakan budaya nasional melalui konsep rumah terbuka
Strategi Pengajaran dan Pembelajaran
Mendengar dan Bertutur:
1. Murid menceritakan maklumat kepada rakan.
2. Murid bercerita tentang suasana sambutan perayaan di negara kita.
3. Murid menerangkan faedah mengadakan majlis rumah terbuka.
4. Murid menyatakan nilai-nilai murni yang diamalkan oleh watak.
5. Murid menyatakan nilai-nilai murni yang biasa diamalkan oleh masyarakat.
6. Murid memberikan pendapat tentang sebab keluarga Puan Mary ingin menghadiri majlis perkahwinan di rumah Encik Jusuh.
7. Murid melakonkan situasi dalam gambar dengan rakan.
8. Murid melagukan sajak mengikut melodi “Selamat Tahun Baharu Cina”.
Membaca:
1. Murid membaca dan memahami teks serta menceritakan isi teks kepada rakan.
2. Murid mencari maksud kata majmuk yang terdapat dalam teks.
3. Murid membaca sajak dengan sebutan yang betul dan intonasi yang sesuai.
4. Murid merujuki kamus peribahasa untuk mendapatkan maksud yang betul.
5. Murid menerangkan maksud peribahasa yang terdapat dalam teks.
6. Murid mengenal pasti nilai murni yang terdapat dalam teks dan
membincangkannya.
Menulis:
1. Murid membina ayat dengan kata majmuk.
2. Murid menyenaraikan kata sendi nama yang terdapat dalam teks.
3. Murid menyenaraikan ayat yang berbentuk arahan dan pesanan yang terdapat dalam teks.
4. Murid menyalin rangkap sajak dengan kemas dan cantik.
5. Murid membina ayat berdasarkan gambar.
No comments:
Post a Comment