Friday 11 November 2011

UNIT 3 KECEMERLANGAN

Unit 3: KECEMERLANGAN

Pengenalan

Fokus unit ini ialah kemahiran bersoal jawab mengumpul dan mengemukakan maklumat, membaca lancar teks pelbagai laras bahasa, teks bahan sastera dengan

sebutan, intonasi, dan gaya penyampaian yang betul, mencari makna perkataan dan

meneliti ejaan, memberi maksud frasa dalam ayat, menghuraikan maksud keseluruhan teks, menjelaskan pengajarannya, mengecam isi penting, dan memberikan penjelasan tentang perkara yang dibaca. Selain itu, murid mengecam kata seru daripada pelbagai sumber, menyenaraikan perkataan berimbuhan, kata adjektif, kata kerja transitif dan membina ayat. Murid juga mencari maksud simpulan bahasa serta menyediakan perenggan dengan menggunakan ayat tunggal dan ayat majmuk.

Objektif

Pada akhir unit ini, murid dapat:

i. sebagai maklum balas;

ii. mengenal pasti kata seru dalam ayat;

iii. membaca dan merujuk pelbagai sumber;

iv. mengecam isi-isi penting; dan

v. menyediakan perenggan dengan ayat.

Kemahiran

Mendengar dan Bertutur:

1.2 Aras 3 (i) Bersoal jawab dengan memberikan penerangan sebagai maklum balas.

3.1 Aras 1 (i) Mengumpulkan maklumat berdasarkan bahan.

3.1 Aras 1 (ii) Mengemukakan maklumat dengan menggunakan ayat yang sesuai.

3.1 Aras 2 (i) Mengenal pasti dan menyusun isi penting berdasarkan bahan.

3.1 Aras 2 (ii) Menyampaikan maklumat yang diperoleh secara jelas.

5.1 Aras 2 (i) Membaca pelbagai jenis ayat dengan memberikan penekanan pada intonasi berdasarkan tanda baca.

5.1 Aras 3 (i) Membaca teks dengan sebutan dan intonasi yang betul.

5.2 Aras 2 (i) Membaca lancar teks bahan sastera dengan sebutan, intonasi dan gaya penyampaian yang betul.

5.2 Aras 2 (ii) Memberikan penjelasan tentang perkara yang dibaca.

5.2 Aras 3 (i) Membaca lancar teks pelbagai laras bahasa dengan sebutan dan intonasi yang betul.

6.1 Aras 1 (i) Mencari makna perkataan dan meneliti ejaan.

6.3 Aras 1 (i) Mendapatkan keterangan keseluruhan teks.

6.3 Aras 2 (i) Mengecam isi penting daripada pelbagai bahan bacaan.

7.1 Aras 1 (i) Memberi makna perkataan dan maksud frasa dalam ayat.

7.1 Aras 3 (i) Menghuraikan maksud keseluruhan teks yang dibaca.

7.1 Aras 3 (ii) Menjelaskan pengajaran yang terdapat dalam teks.

8.2 Aras 2 (i) Menyediakan perenggan dengan menggunakan ayat tunggal dan ayat majmuk berdasarkan tajuk yang diberikan.

Sistem Bahasa

Morfologi:

- Kata berimbuhan meN-, beR-

- Kata adjektif

- Kata kerja transitif

Sintaksis:

- Ayat Tunggal dan Ayat Majmuk

- Ayat tanya tanpa kata tanya

Kosa Kata Umum:

anugerah, sijil, akhlak, bunting, rahsia, berbahaya, menghempap, tumbang, berpurapura,

bangga, bakat, ijazah, multimedia, berlangsung, muncul, menyerlah, petah,

gementar, yakin, melatih, berangan-angan, gigih, merdeka, taraf

Kosa Kata Istilah:

Anugerah Murid Cemerlang, Pertandingan Bercerita Peringkat Kebangsaan, gimnastik,Perdana Menteri, Bapa Pembangunan Negara, Maktab Melayu Kuala Kangsar, Menteri Besar

Pengisian Kurikulum

Pengetahuan Peraturan Sosiobudaya

Simpulan bahasa:

tunjuk ajar, mencari akal, menyerah diri, terhutang budi, panjang akal, membuka mulut, mengambil berat

Ilmu Pengetahuan:

- Pendidikan Moral

- Cerita Rakyat

- Sukan

- Kecemerlangan

- Tokoh

Kemahiran Bernilai Tambah

Kemahiran Berfikir:

- Mengenal pasti isi penting

- Menjana idea

- Mencirikan

- Menyusun atur

Pembelajaran Kontekstual:

Mengaitkan isi pelajaran dengan pengalaman harian murid dan masyarakat

Kecerdasan Pelbagai:

- Verbal-linguistik

- Visual-ruang

Nilai Murni dan Unsur Patriotisme/Kewarganegaraan:

Kerajinan, keberanian, kejujuran, berdikari, hemah tinggi

Strategi Pengajaran dan Pembelajaran

Mendengar dan Bertutur:

1. Murid melakonkan dialog secara berkumpulan.

2. Murid menyatakan pendapat dan alasan tentang topik yang dibincangkan.

3. Murid menceritakan cerita binatang yang dipilih.

4. Murid berbincang tentang gambar dan membentangkan maklumat kepada kelas.

5. Murid menyatakan nilai murni dan perbuatan baik yang dapat dicontohi daripada cerita.

6. Murid menyebut kata kerja transitif dalam teks.

7. Murid menyatakan ciri-ciri murid cemerlang berdasarkan teks.

Membaca:

1. Murid membaca dan memahami teks.

2. Murid mencari makna perkataan berwarna dengan merujuki kamus.

3. Murid memberikan makna simpulan bahasa yang terdapat dalam cerita.

4. Murid menerangkan maksud keseluruhan teks yang dibaca.

5. Murid mengecam dan menyusun isi-isi penting dalam teks.

6. Murid mengenal pasti kata seru yang terdapat dalam teks dan mencari kata seru

yang lain daripada pelbagai sumber.

7. Murid mencari maklumat penting berdasarkan soalan yang dikemukakan.

8. Murid bercerita perihal tokoh kepada rakan.

Menulis:

1. Murid menyenaraikan perkataan berimbuhan meN- yang terdapat dalam teks.

2. Murid menulis kata dasar berpandukan perkataan berimbuhan.

3. Murid menyenaraikan kata adjektif yang terdapat dalam teks.

4. Murid membina soalan dan jawapan bagi soalan berdasarkan teks.

5. Murid menyenaraikan kata berimbuhan beR- yang terdapat dalam petikan.

6. Murid membina ayat menggunakan kata kerja transitif.

7. Murid menyusun ayat dan menulisnya dalam bentuk perenggan.

8. Murid mencari maklumat lanjut tentang tokoh melalui internet.

No comments:

Post a Comment