Unit 11: SAINS DAN TEKNOLOGI
Pengenalan
Fokus unit ini ialah kemahiran mengemukakan pendapat tentang sesuatu topik dengan menyatakan sebab, membuat perbandingan antara karangan format karangan naratif dengan imaginatif, mengambil imlak, dan menulis serta membalas e-mel. Selain itu, unit ini mengukuhkan pemahaman murid tentang kata kerja.
Objektif
Pada akhir unit ini, murid dapat:
i. mengemukakan pendapat tentang sesuatu topik dengan menyatakan sebab;
ii. membuat perbandingan antara karangan format karangan naratif dengan imaginatif;
iii. mengambil imlak teks yang diperdengarkan dengan menggunakan ejaan dan tanda baca yang betul; dan
iv. Menulis dan membalas e-mel dengan laras bahasa yang sesuai.
Kemahiran
Mendengar dan Bertutur:
2.2 Aras 2 (i) Memberikan penerangan tentang sesuatu perkara yang diperoleh dengan menggunakan ayat yang jelas.
3.2 Aras 1 (i) Memberitahu maklumat tentang sesuatu perkara dan mengemukakan contoh yang sesuai.
4.1 Aras 2 (i) Melahirkan pandangan tentang sesuatu topik dengan jelas dan teratur.
4.1 Aras 3 (i) Menghuraikan pandangan yang dikemukakan dengan memberikan alasan yang munasabah.
Membaca:
5.1 Aras 3 (i) Membaca teks dengan sebutan dan intonasi yang betul.
5.2 Aras 3 (i) Membaca lancar teks pelbagai laras bahasa dengan sebutan dan intonasi yang betul.
6.3 Aras 2 (i) Mengecam isi penting daripada pelbagai bahan bacaan.
7.1 Aras 3 (i) Menghuraikan maksud keseluruhan teks yang dibaca.
Menulis:
8.3 Aras 2 (i) Menulis ayat dengan menggunakan tulisan berangkai dengan kemas dan cantik.
8.3 Aras 3 (i) Menulis teks dengan menggunakan tulisan berangkai.
9.1 Aras 2 (i) Mengambil imlak frasa dan ayat dengan ejaan dan tanda baca yang betul.
11.1 Aras 1 (i) Meneliti perkara yang menarik dalam bahan yang ditonton atau dibaca.
11.1 Aras 2 (i) Menyatakan pendapat tentang perkara yang menarik.
Sistem Bahasa
Morfologi:
Kata kerja transitif dan kata kerja tak transitif
Kosa Kata
Ejaan
Imlak
Kosa Kata Umum
ruang, teknologi, siaran, melayari, maklumat, merakamkan, fungsi, kawalan, butang,
filem, digital, berkualiti, terowong, robot, bimbit, alih, canggih, imej, mesej.
Kosa Kata Istilah
skrin, sains, teknologi
Pengisian Kurikulum
Pengetahuan Peraturan Sosiobudaya
Ilmu Pengetahuan:
- Sains dan teknologi
- ICT
- Sastera
Peraturan Sosiobudaya:
Laras cereka
Kemahiran Bernilai Tambah
Kemahiran Berfikir:
- Menjana minda
- Membuat kaitan dan perhubungan
- Menginterpretasi
- Membanding beza
Kecerdasan Pelbagai:
- Visual – ruang
- Interpersonal
Pembelajaran Kontekstual
Mengaitkan isi pelajaran dengan kehidupan harian
Nilai Murni dan Unsur Patriotisme/Kewarganegaraan
Nilai Murni:
- Kejujuran
- Kerajinan
- Berdikari
Patriotisme:
Menyayangi harta benda sendiri
Strategi Pengajaran dan Pembelajaran
Mendengar dan Bertutur:
1. Murid menamakan alat ciptaan sains yang terdapat dalam gambar.
2. Murid menyatakan kegunaan alat-alat tersebut.
3. Murid menerangkan kepentingan alat ciptaan sains dalam kehidupan.
4. Murid menamakan alat elektrik yang menggunakan alat kawalan jauh.
5. Murid menerangkan kebaikan menggunakan alat kawalan jauh.
6. Murid menerangkan sebab memilih alat kawalan jauh yang diperlukan.
7. Murid menjawab soalan pemahaman secara lisan berdasarkan teks perbualan.
8. Murid menyatakan kebaikan menggunakan kamera digital kepada rakan.
9. Murid menerangkan kebaikan alat ciptaan sains yang dinyatakan dalam teks.
10. Murid menyatakan perkara yang menarik dalam teks tentang robot ciptaan.
11. Murid berbincang tentang faedah internet secara berkumpulan.
12. Murid berbincang tentang kegunaan telefon bimbit secara berkumpulan.
13. Murid bercerita tentang riwayat hidup sebuah komputer kepada rakan.
Membaca:
1. Murid membaca dan memahami teks serta menjawab soalan pemahaman tentang teks robot ciptaan.
2. Murid membaca dan memahami teks tentang resipi sandwic telur serta menjawab soalan pemahaman yang dikemukakan.
Menulis:
1. Murid menulis dialog ringkas antara ayah dengan penjual kamera digital.
2. Murid menyenaraikan alat ciptaan sains yang memudahkan kerja di rumah.
3. Murid menyalin teks bahan resipi sandwic telur dalam bentuk tulisan berangkai.
4. Murid mengambil imlak teks tentang telefon bimbit dalam bentuk perenggan dengan ejaan dan tanda baca yang betul.
No comments:
Post a Comment