Unit 1: KEKELUARGAAN
Pengenalan
Fokus unit ini ialah kemahiran berbual tentang pengalaman dengan menggunakan bahasa yang sesuai, serta menggunakan kata panggilan dalam keluarga, membaca teks yang mengandungi ayat tunggal dan ayat majmuk serta memahami perkara yang dibaca. Selain itu, unit ini memperkenalkan kata nama am dan kata nama khas serta penggunaan tanda baca dalam menulis ayat tunggal dan ayat majmuk.
Objektif
Pada akhir unit ini, murid dapat:
i. berbual tentang pengalaman;
ii. membaca dan menggunakan kata nama dan kata nama khas;
iii. membaca teks ayat tunggal dan ayat majmuk;
iv. menggunakan kata nama panggilan;
v. mengenal tanda baca; dan
vi. menulis ayat tunggal dan ayat majmuk.
Kemahiran
Mendengar dan Bertutur:
1.1 Aras 1 (i) Berbual tentang sesuatu perkara yang dialami dengan
menggunakan bahasa yang sesuai.
1.1 Aras 2 (i) Menggunakan kata panggilan yang sesuai mengikut situasi dalam
aktiviti harian.
1.1 Aras 3 (i) Menyatakan teguran dengan sopan secara berterus terang dalam
perbualan.
1.2 Aras 1 (i) Menyoal dengan menggunakan kata tanya.
1.2 Aras 1 (ii) Menjawab secara bertatasusila dengan menggunakan ungkapan
yang sesuai.
1.2 Aras 3 (i) Bersoal jawab dengan memberikan penerangan sebagai maklum
balas.
2.1 Aras 3 (i) Mendengar dan memahami arahan serta pesanan.
Kemahiran Membaca:
5.1 Aras 1 (i) Membaca ayat dalam teks yang mengandung ayat tunggal dan
ayat majmuk.
5.1 Aras 1 (ii) Memahami perkataan, frasa dan ayat.
5.2 Aras 2 (i) Membaca lancar teks bahan sastera dengan sebutan, intonasi,
dan gaya penyampaian yang betul.
5.2 Aras 2 (ii) Memberikan penjelasan tentang perkara yang dibaca.
5.1 Aras 3 (i) Membaca teks dengan sebutan dan intonasi yang betul.
Kemahiran Menulis:
8.1 Aras 3 (i) Menggunakan kata hubung yang sesuai untuk membina ayat
majmuk.
Sistem Bahasa
Morfologi:
- Kata Nama Am dan Kata Nama Khas
- Kata Hubung
- Kata Panggilan
Sintaksis:
Ayat Tunggal dan Ayat Majmuk
Tanda baca:
- titik, koma, tanda soal
- huruf besar, huruf kecil
Kosa Kata Umum:
berekreasi, saudara, geluncur, dewasa, menziarahi, menyambut, sepupu, deras,
pelampung, ombak, ceria, sukar, beriadah, pangkalan, perahu, peraih, jeti, dan
sebagainya.
Kosa Kata Istilah:
Bukit Merah Laketown Resort, Batu Feringghi, dan Teluk Bahang
Pengisian Kurikulum
Pengetahuan Peraturan Sosiobudaya
Ilmu Pengetahuan:
- Pelancongan
- Pendidikan Moral
- Kajian Tempatan
Simpulan Bahasa:
buah fikiran, bulat hati, makan angin, senang hati
Kemahiran Bernilai Tambah
Kemahiran Berfikir:
Mengkategorikan kata nama am dan kata nama khas
Kecerdasan Pelbagai:
Visual – ruang (melihat gambar-gambar foto)
Nilai Murni dan Unsur Patriotisme/Kewarganegaraan:
- Bersopan santun dalam pergaulan ahli keluarga dan saudara mara
- Menghargai warisan keluarga (gambar-gambar foto keluarga)
- Mengutamakan pelancongan dalam negeri
Strategi Pengajaran dan pembelajaran
Mendengar dan Bertutur:
1. Murid berbincang dengan rakan tentang aktiviti yang dapat dilihat dalam gambar.
2. Murid menceritakan faedah berekreasi bersama keluarga kepada kelas.
3. Murid meneliti gambar dan menceritakan tentang gambar tersebut kepada rakan.
4. Murid melakonkan dialog.
5. Murid mengecam kata panggilan dalam keluarga berdasarkan perkataan berwarna.
6. Murid mencari kata panggilan lain yang digunakan dalam keluarga.
7. Murid menyatakan sebab kanak-kanak dilarang menggunakan geluncur air yang tinggi.
8. Murid membina ayat majmuk lain yang menggunakan kata hubung yang terdapat dalam teks secara lisan.
Membaca:
1. Murid membaca kuat perkataan dan ayat dengan sebutan dan intonasi yang betul.
2. Murid membaca teks dengan sebutan dan intonasi yang betul.
3. Murid memahami perkara yang dibaca.
4. Murid memberikan makna simpulan bahasa yang terdapat dalam lirik lagu.
(Lagu boleh didengar melalui MyCD dengan mengklik butang GALERI MULTIMEDIA)
5. Murid menjawab soalan-soalan yang dikemukakan berkaitan teks.
6. Murid menyanyikan lagu berdasarkan MyCD.
7. Murid mencari makna perkataan dan maksud simpulan bahasa dengan merujuki kamus.
8. Murid mengenal dan menggunakan kata nama khas dan kata nama am serta
tanda baca.
Menulis:
1. Murid menyenaraikan lima simpulan bahasa yang menggunakan perkataan “hati”.
2. Murid mencari dan mencatat ayat tunggal yang terdapat dalam teks.
3. Murid menyatakan sebab berekreasi di Bukit Merah Laketown Resort menyenangkan hati.
4. Murid menyenaraikan kata nama am dan kata nama khas yang tedapat dalam teks.
5. Murid melayari internet untuk mencari maklumat tentang tempat-tempat menarik yang terdapat di Pulau Pinang.
6. Murid melukis gambar pemandangan di suatu tempat menarik yang pernah
dilawati.
7. Murid menyenaraikan kata hubung yang digunakan untuk menyambung ayatayat
tunggal dalam teks.
8. Murid menggunakan kata hubung untuk menyambung ayat-ayat tunggal supaya
menjadi ayat majmuk.
No comments:
Post a Comment