Friday 11 November 2011

UNIT 9 PENGANGKUTAN

Unit 9: PENGANGKUTAN

Pengenalan

Fokus unit ini ialah kemahiran melahirkan pendapat dan pandangan dengan jelas, memberikan makna perkataan dan frasa dalam ayat, menghuraikan maksud keseluruhan teks, dan menjelaskan pengajaran yang terdapat dalam teks. Selain itu, menggunakan kata seru dalam ayat dan menulis karangan pelbagai genre.

Objektif

Pada akhir unit ini, murid dapat:

i. melahirkan pandangan dengan jelas;

ii. memberikan makna perkataan dan frasa dalam ayat;

iii. menghuraikan maksud keseluruhan teks;

iv. menjelaskan pengajaran dalam teks;

v. menggunakan kata seru dalam ayat; dan

vi. menulis karangan pelbagai genre.

Kemahiran:

4.1 Aras 1 (i) Mendengar pandangan dan memberikan respons.

4.1 Aras 2 (i) Melahirkan pandangan tentang sesuatu topik dengan jelas dan teratur.

4.1 Aras 3 (i) Menghuraikan pandangan yang dikemukakan dengan memberikan alasan yang munasabah.

5.1 Aras 2 (i) Membaca pelbagai jenis ayat dengan memberikan penekanan pada intonasi berdasarkan tanda baca.

5.2 Aras 2 (i) Membaca lancar teks bahan sastera dengan sebutan, intonasi dan gaya penyampaian yang betul.

5.2 Aras 2 (ii) Memberikan penjelasan tentang perkara yang dibaca.

7.1 Aras 1 (i) Memberi makna perkataan dan maksud frasa dalam ayat.

7.1 Aras 2 (i) Menyatakan maksud ayat dalam perenggan.

7.1 Aras 3 (i) Menghuraikan maksud keseluruhan teks yang dibaca.

8.2 Aras 2 (i) Menyediakan perenggan dengan menggunakan ayat tunggal dan ayat majmuk berdasarkan tajuk yang diberikan.

8.2 Aras 3 (i) Membina ayat tunggal dan ayat majmuk berdasarkan tajuk.

8.3 Aras 3 (i) Menulis teks dengan menggunakan tulisan berangkai.

10.1 Aras 1 (i) Menulis karangan menggunakan perkataan yang sesuai.

10.1 Aras 3 (i) Menulis pelbagai genre menggunakan laras bahasa yang sesuai.

11.1 Aras 1 (i) Meneliti perkara yang menarik dalam bahan yang ditonton atau dibaca.

11.1 Aras 2 (i) Menyatakan pendapat tentang perkara yang menarik.

Sistem Bahasa

Morfologi:

Kata seru

Sintaksis:

Ayat seruan

Kosa, Frasa kata

Tanda baca

Syair

Nilai murni

Kosa Kata Umum

Pengangkutan, moden, pemandu, serata, peramah, canggih, berbangga, mewah, ekspres, persiaran, perkhidmatan, singgah, kini, selesa, intonasi, gerabak, citra, stesen, jadual

Kosa Kata Istilah

Stesen Sentral Kuala Lumpur, Transit Aliran Ringan, Link Rel Ekspres, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Perkhidmatan Link Rel Ekspres.

Pengisian Kurikulum

Pengetahuan Peraturan Sosiobudaya

Ilmu Pengetahuan:

- Puisi - Syair

- ICT

- Sains dan teknologi

Peraturan Sosiobudaya:

Syair

Kemahiran Bernilai Tambah

Kemahiran Berfikir:

- Menjana minda

- Menginterpretasi

Kecerdasan Pelbagai:

- Visual – ruang

- Interpersonal

- Muzik

Pembelajaran Kontekstual:

Mengaitkan isi pelajaran dengan pengalaman harian

Nilai Murni dan Unsur Patriotisme/Kewarganegaraan.

Nilai Murni:

- berdikari

- keberanian

- patriotisme

Strategi Pengajaran dan Pembelajaran

Mendengar dan Bertutur:

1. Murid menyebut jenis kenderaan yang harus dinaiki dari Sebangan, Sarawak ke stesen LRT Sentul Timur, Kuala Lumpur.

2. Murid menceritakan perjalanan dari Sebangan, Sarawak ke Kuala Lumpur.

3. Murid menyatakan jenis perkhidmatan awam lain yang diketahuinya.

4. Murid menghuraikan keistimewaan kenderaan awam pada tahun 2020 melalui lukisan.

5. Murid mengucapkan ayat-ayat seruan yang telah dibina kepada rakan.

6. Murid menyatakan keistimewaan ERL berdasarkan teks.

7. Murid menerangkan maksud “pengangkutan awam”.

8. Murid menceritakan nilai murni yang terdapat dalam syair.

9. Murid melagukan syair dan menyebut suku kata akhir bagi setiap baris syair.

10. Murid menyatakan maksud frasa dalam teks syair.

11. Murid menceritakan kisah dalam syair.

12. Murid menyatakan ciri kenderaan ekopengangkutan.

13. Murid menjawab soalan pemahaman berdasarkan teks secara lisan.

Membaca:

1. Murid mencari makna perkataan yang dicetak berwarna dengan merujuki kamus.

2. Murid mencari makna frasa dalam ayat.

3. Murid mencari makna ayat dalam perenggan.

4. Murid membaca dan memahami soalan pemahaman berdasarkan teks.

Menulis:

1. Murid melukis sebuah kenderaan awam yang akan digunakan pada tahun 2020.

2. Murid mencatat kata seru yang terdapat dalam dialog.

3. Murid membina tiga ayat seruan.

4. Murid menulis karangan berdasarkan gambar perkhidmatan kenderaan ekopengangkutan.

5. Murid menjawab soalan pemahaman secara bertulis di dalam buku latihan.

6. Murid membina lima ayat tentang kereta kabel Langkawi.

7. Murid menyenaraikan jenis pengangkutan yang terdapat di Bandaraya Kuala Lumpur.

No comments:

Post a Comment