Friday 30 September 2011

KAJIAN TINDAKAN


KONSEP ASAS KAJIAN TINDAKAN
1.0 DEFINISI
Mc. Niff (1988), “…. Pendekatan untuk membaiki atau meningkatkan kualiti pendidikan melalui perubahan yang menggalakkan guru-guru menjadi lebih sedar tentang amalan mereka sendiri, menjadi kritis terhadap amalan-amalan tersebut dan bersedia untuk mengubah amalan-amalan. Melibatkan guru melaksanakan inkuirinya sendiri serta melibatkan guru-guru lain secara kolaboratif sewaktu mengadakan kajian.”
Elliott & Adelman (1976) yang mempelopori kajian tindakan bilik darjah di United Kingdom, menegaskan bahawa kajian tindakan adalah suatu pendekatan yang berusaha mempertingkatkan mutu professional guru. Ia merupakan penyelidikan terhadap situasi sosial di sekolah yang bertujuan memperbaiki kualiti amalan guru.

2.0 KEPENTINGAN KAJIAN TINDAKAN

¨ Suatu pendekatan untuk memperbaiki mutu amalan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling melalui perubahan guru.
¨ Melibatkan proses perkembangan amalan guru yang sistematik melalui refleksi yang membina dan analisis yang kritikal.
¨ Melibatkan pembinaan teori daripada amalan sebenar. Penekanannya kepada praktik.
¨ Membudayakan penyelidikan.
¨ Kolaboratif dengan guru-guru lain.

3.0 CIRI-CIRI UTAMA KAJIAN TINDAKAN
GURU DAPAT:
¨ Memperbaiki kualiti melalui perubahan pelaksanaan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling.
¨ Melibatkan proses perkembangan amalan bimbingan dan kaunseling yang sistematik melalui refleksi yang membina.
¨ Merancang strategi tindakan melalui proses analitikal kritikal.
¨ Membina teori serta amalan sebenar dan penekanan kepada praktik.
¨ Keutamaan dalam memahami dan memperbaiki amalan guru.

4.0 ETIKA DALAM KAJIAN TINDAKAN
¨ Bukti atau data yang diperolehi tidak boleh melibatkan pengenalan identiti kecuali dengan kebenaran.
¨ Hak-hak kerahsiaan terpelihara.
¨ Penerbitan laporan hendaklah mendapatkan kebenaran daripada ahli jawatankuasa kajian.

No comments:

Post a Comment