Wednesday 28 September 2011

KEMAHIRAN ASAS DALAM PENGAJARAN MIKRO

KEMAHIRAN ASAS DALAM PENGAJARAN MIKRO

A) Permulaan Pengajaran

Kemahiran permulaan pengajaran adalah penting dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Permulaan ialah kemahiran menyediakan atau meletakkan idea-idea kepada pelajar-pelajar. Untuk melakukannya pengajar mesti membentangkan ciri-ciri topik yang akan diajar, atau menyematkannya di dalam fikiran pelajar-pelajar untuk menggerak pemikiran dan merangsangkan mereka, dan mencantumkan kandungan pengajaran dengan pengetahuan yang sedia ada pada pelajar-pelajar. Terdapat empat komponen utama yang sering dilakukan dalam kemahiran permulaan pengajaran, iaitu:

1. menarik perhatian

2. membangkitkan pemikiran

3. menstruktur kandungan dan

4. membuat cantuman pengajaran

B) Variasi

Variasi bermakna pengajar menggunakan berbagai aktiviti untuk mengekalkan perhatian pelajar. Lima komponen kemahiran ini ialah:

a. Gestur: Ini ialah gerakan-gerakan badan, tangan, kepala yang memberi makna kepada perkara-perkara yang disebutkan atau ditekankan. Contoh-contohnya ialah menunjukkan, menganggukkan kepala, atau menggoyangkan kepala.

b. Pola percakapan: Dalam perbualan biasa, kita mengubah pola percakapan kita, dengan mengubah kekuatan suara, kadar penyampaian dan kelangsingan (pitch). Dalam sesi pengajaran, kita harus membuat merubah pola percakapan untuk mengelakkan pelajar-pelajar menjadi bosan dan mengantuk.

c. Penggunaan berbagai deria: Variasi kepada penggunaan deria diperlukan oleh pelajar bagi memastikan merekamengikuti pengajaran. Ini adalah bagi mengekalkan minat pelajar. Ini boleh melibatkan penggunaan gambar-gambar (penglihatan), benda-benda untuk dipegang (sentuh) dan lain-lain.

d. Saling tindakan dengan pelajar: Salingtindakan dengan pelajar-pelajar ialah satu ciri penting dalam pendidikan. Tanpa saling tindakan kita boleh mempersoalkan sama ada sesuatu pendidikan sedang berlaku atau sebaliknya. Saling tindakan boleh berlaku dalam bentuk perbualan seperti melalui penyoalan, atau melalui aktiviti seperti pelajar menggunakan alat komunikasi.

e. Gerakan: Pengajar yang baik jarang-jarang duduk. Gerakan pengajar, bersilang dihadapan bilik atau berada di tengah-tengah kedudukan pelajar, membantu pelajar supaya sentiasa cergas dan bersama-sama itu membolehkan anda mengesan (monitor) atau mengetahui dengan lebih baik saling tindakan pelajar.

1


C) Menjelas Dengan Contoh

Contoh-contoh sering digunakan dalam penjelasan dan contoh lebih menyenangkan pelajar memahami satu idea atau konsep. Contoh-contoh yang terbaik mengaitkan benda- benda yang telah diketahui oleh pelajar, sama ada pembelajaran yang lalu atau yang lebih baik lagi daripada pengalaman yang mereka lalui atau ketahui. Ini termasuk benda-benda yang telah diketahui oleh pelajar. Ciri-ciri contoh yang baik ialah:

a. Ringkasan

Satu contoh ringkas ialah contoh yang mudah difahami, jelas dan dikaitkan kepada pengalaman pelajar-pelajar itu sendiri.

b. Relevan

Pemilihan contoh adalah sepadan dengan konsep yang hendak diterangkan. Ia adalah satu contoh yang sesuai dengan peraturan atau konsep yang hendak diajar.

c. Menarik hati

Satu contoh yang menarik hati ialah contoh yang membangkitkan ingin tahu atau minat pelajar-pelajar.

d. Penggunaan perlbagai media

Penggunaan media (bukan hanya filem, slaid, pita dan seterusnya, tetapi termasuk rajah, radas, benda dan lain-lain) sebagai alat penerangan boleh mengeluarkan banyak faedah,

tetapi media yang dipilih mestilah sesuai dengan keadaan dan boleh difahami oleh pelajar-pelajar. Penggunaan bahan multimedia dan juga internet sangat membantu

pengajar dalam memberikan contoh yang mudah dan menarik.

e. Penyertaan pelajar

Penyertaan pelajar dalam memberikan contoh-contoh bertujuan untuk pelajar-pelajar

memahami konsep yang dipelajari dan membolehkan pengajar mengesan pemahaman mereka. Penyertaan pelajar adalah berbagai bentuk bermula daripada dipanggil ke papan hitam putih hingga ke rangsangan-rangsangan lisan serta soalan-soalan yang memerlukan pelajar memberi contoh yang berkaitan.

D) Peneguhan

Peneguhan merujuk kepada tindakan-tindakan pengajar menggalakkan pelajar-pelajar mengubah tingkahlaku mereka kepada satu yang positif. Kita haruslah mengelakkan peneguhan yang berbentuk negatif, seperti mengatakan kepada seorang pelajar, kamu ini bodoh sangatatau perkataan-perkataan lain yang sama ertinya.

Kita akan tumpukan perhatian kepada tiga komposisi kemahiran peneguhan positif iaitu:

a. Peneguhan berbahasa: Peneguhan berbahasa diberikan kepada pelajar-pelajar bila guru mengatakan seperti, Bagus, Ya”, Betul” dan sebagainya.

2


b. Peneguhan gesture: Ini ialah penggunaan gerakan-gerakan badan tertentu untuk perlaku sebagai tanda-tanda penggalakkan kepada pelajar-pelajar. Contohnya adalah seperti menunjukkan persetujuan dengan menganggukkan kepala, senyuman, atau melahirkan air muka manis, yang lain.

c. Peneguhan beraktiviti: Peneguhan jenis ini diberi apabila guru memberi pelajar-pelajar satu pekerjaan yang mereka gemari, selepas bekerja menyempurnakan aktiviti yang kurang enak, atau sesuatu yang mudah seperti rehat lima minit.

E) Pengesanan (Monitoring)

Pengesanan ialah satu kemahiran yang amat penting kepada pengajar. Ia merupakan satu tinjauan terus-menerus mengenai keadaan bilik darjah, semasa mengajar dengan tujuan untuk menentukan sejauhmana pembelajaran itu berjaya. Tujuannya juga ialah untuk mengubahsuaikan pengajaran supaya kejayaan pelajar terjamin. Pengesanan ialah satu kemahiran menggunakan maklumat balik pelajar. Maklumat balik ini datang dengan berbagai cara. Contohnya, semasa mengajar anda melihat ramai pelajar yang menunjukkan muka bingung. Ini boleh diambil sebagai satu tanda bahawa sesuatu yang dicakapkan tidak difahami. Ini juga boleh dilihat apabila pelajar terbaik anda pun sukar menjawab, soalan yang anda beri. Ini mungkin bermakna sama ada soalan itu tidak disebut dengan baik atau terlalu sukar atau pun konsep-konsep yang di perlukan untuk menjawab soalan tidak diterangkan lebih dahulu dengan jelas. Pengesanan boleh juga dibuat masa pengajar bergerak di sana sini supaya lebih mendekati pelajar-pelajar untuk mengukur saling tindakan mereka atau dalam hal pekerjaan bertulis yang telah diserahkan, memperlihatkan kemajuan, mengenal masalah-masalah dan memberi pertolongan.

F) Penyoalan

Teknik-teknik asas mengemukakan soalan ialah:

1. Hentian sebentar

Kajian telah menunjukkan kebanyakan pengajar memberikan 1 saat dan kadang-kadang kurang daripada 1 saat untuk: (a) menjemput seorang pelajar menjawab. (b) menjawab soalannya sendiri atau (a) menyoal soalan yang lain. Pelajar-pelajar biasanya memerlukan masa untuk membentuk satu jawapan kepada satu soalan sebelum mereka boleh menjawab. Gerak balas-gerak balas pelajar adalah lebih panjang dan kualitinya lebih baik jika seorang pengajar berhenti sebentar sebelum meminta satu jawapan. Satu tempoh masa yang berpatutan ialah 5 saat.

2. Mengendalikan gerakbalas yang salah

Pelajar akan merasa lemah dan tidak bersemangat jika pengajar tersebut mendenda atau

menengur secara kasar jawapan yang salah. Contoh gerakbalas-gerakbalas negatif termasuklah:

3


a. Guru menunjuk-nunjukkan kemahirannya. b. Guru menyindir pelajar.

c. Tanda-tanda kemarahan guru tanpa berbahasa. Contoh: muka masam atau mencebik pelajar.

d. Membetulkan pelajar dengan suara yang bengis atau sebarang tingkahlaku yang menunjukkan kemarahan.

Pengajar harus menolong pelajar membetulkan satu gerakbalas yang tidak sesuai dengan cara yang menggalakan. Ini boleh dibuat dengan dorongan atau menyebutkan semula soalan dengan cara yang lain.

3. Dorongan

Dorongan ialah cara pengajar memberi satu tanda atau satu soalan pertengahan kepada pelajar yang memberi jawapan lemah, atau berkata saya tidak tahu. Tujuan satu dorongan ialah untuk menggalakkan pelajar memberi jawapan yang lebih baik atau menolong dia memberi satu jawapan.

4. Meminta Penjelasan Lanjut

Ini ialah satu teknik untuk membolehkan seroang pelajar memperbaiki jawapan yang tidak jelas atau tidak lengkap. Beberapa soalan boleh digunakan untuk mendapat penjelasan lanjut daripada pelajar ialah:

a. Bolehkah anda tambahkan jawapan anda?

b. Adakah apa-apa sebab lagi?

c. Bolehkah gunaka perkataan anda sendiri?

d. Boleh anda terangkan dengan lebih jelas lagi?

5. Alih Tumpuan

Kadangkala jawapan pelajar adalah memuaskan tetapi pengajar mahu pelajar mengaitkan jawapannya kepada topik yang lain. Ini ialah alih tumpuan dan memerlukan pelajar- pelajar memikirkan implikasi-implikasi jawapan mereka dalam konteks yang lebih luas. Contoh-contoh soalan alih tumpuan termasuklah:

a. Bagaimana ini dapat dikaitkan dengan………………

b. Boleh anda cari sesuatu yang sama atau satu hubungan antara jawapan anda dan sesuatu yang kita telah pelajari dalam kimia semalam?

6. Ubah Haluan

Ubah haluan berlaku selepas pelajar menjawab satu soalan pengajar dan kemudian dia menunjukkan soalan yang sama kepada satu atau lebih pelajar secara bergilir. Pengajar boleh mengubah haluan satu soalan dengan hanya memanggil nama seorang pelajar atau Cuma mengangguk kepada pelajar yang lain. Begitu juga, ubah haluan masih terpelihara jika kata-kata seperti:

a. Adakah lagi yang anda boleh tambah?

b. Adakah lebih daripada satu contoh? Atau

4


c. Bolehkah anda terangkan dengan lebih lanjut?

Digunakan, asalkan soalan yang sama dijawab.

7. Menjemput Bukan-Sukarelawan:

Pelajar-pelajar lebih suka tidak menjawab soalan-soalan dengan sukarela. Dalam ertikata yang lain, dalam kebanyakan bilik darjah ada lebih banyak bukan sukarelawan daripada sukarelawan. Oleh itu pengajar tidak boleh menganggap bahawa seorang pelajar yang tidak menjawab dengan sukarela tidak boleh menjawab atau tidak mahu menjawab. Bukan sukarelawan harus dipelawa dan diberi masa untuk menjawab, diberi dorongan dan teknik-teknik seterusnya mengikut keadaan.

F) Ofisialisme dalam pengajaran

Sorang pengajar yang baik tidak akan menggunakan satu perkataan dengan berulang- ulang dalam satu sesi pengajaran tanpa tujuan yang pasti. Penggunaan perkataan seperti ok, ya, baik, baiklah, tayyib, aaa…”akan mengganggu tumpuan pelajar terhadap pengajaran dan kelancaran pengajaran guru. Pengajaran yang baik perlu menyesuaikan penggunaan perkataan tersebut dengan keperluan pelajar-pelajar.

G) Penggunaan perkataan tergantung

Berdasarkan tinjauan yang dibuat, terdapat pengajar yang sering menggunakan perkataan tergantung seperti sebagai pelajar kita harus memba, Kita perlu meli. Ini adalah aspek pen.. Ini kurang sesuai digunakan dalam sesi pengajaran kerana ianya akan menimbulkan pelbagai maksud dan mungkin perkataan yang berbeza malah ianya membuang masa yang diberikan jika ianya terlalu kerap digunakan.

5

No comments:

Post a Comment